E-FOLIO SEJARAH & PROSES PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC SERTA FUNGSINYA

 


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

 

MPU23052 : SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

 

 

SESI DIS 2020 (SEMESTER 5)

 

 

E-FOLIO

 

 

TAJUK : SEJARAH DAN PROSES PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC SERTA FUNGSINYA.

 

 

NO.

NAMA

NO.PENDAFTARAN

1

MOHD HAIQAL ZULKIFLI BIN KADIM

07DEE18F2024

2

MOHD HAFIZ BIN MOHD TALIB

07DEE18F2047

3

SHARIL BIN BASINTI

07DEE18F2026

4

HAZIZUL BIN ISMAIL

07DEE18F2034


 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN:

Menara Berkembar Petronas atau Menara KLCC adalah bangunan pencakar langit berkembar di Kuala Lumpur, Malaysia. Menurut definisi dan klasifikasi rasmi Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH), mereka adalah bangunan tertinggi di dunia ketika mereka dilewati oleh Taipei 101 dari tahun 1998 hingga 2004.

 

Menara Berkembar Petronas masih merupakan Menara Berkembar Petronas tertinggi di dunia. Sehingga selesainya Merdeka PNB 118 (dijangka pada tahun 2021), bangunan tersebut akan kekal sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Mereka dan Menara Kuala Lumpur yang berdekatan adalah mercu tanda utama di Kuala Lumpur dan dapat dilihat di banyak tempat di seluruh bandar.

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF:

 

1. Sejarah dan proses pembinaan menara berkembar KLCC

2. Seni bina dan Fungsi Menara Berkembar Petronas (KLCC).

3. Ciri-ciri Menara Berkembar Petronas.

4.  Menyelesaikan e-folio MPU23052 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.

 

KONSEP:

KLCC tidak dibina secara tiba-tiba. Ia juga tidak jatuh dari langit. Bangunan ini bertahan hampir 7 tahun dan masih mengekalkan takhta "menara berkembar tertinggi" di dunia. Cessar Pelli, arkitek yang bertanggungjawab untuk merancang bangunan ini, mengimportnya secara eksklusif dari Argentina. Tiga kontraktor asing diundang untuk mengawasi dan menyelenggara pembinaan KLCC; Japanese Hazama Corporation, Samsung C&T dan Kukdong Engineering and Construction adalah semua syarikat gergasi Korea Selatan.

 

SENI BINA:

Menara Berkembar Petronas (KLCC) mempunyai 88 tingkat. Ketinggian rekod rasmi KLCC adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik mengenai bangunan ini ialah penyerapan corak dan elemen Islam dalam seni bina dan reka bentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh dijumpai di bahagian tengah bangunan.

 

Pembinaan KLCC juga melibatkan banyak tenaga kerja dan jentera. Rancangan pembinaan telah disusun seawal tahun 1992. Pada bulan Mac 1993, kerja penggalian dilakukan untuk menyiapkan tapak dan landasan untuk KLCC. Kedalaman penggalian mencapai 30 meter. Akibatnya, 500 traktor berisi tanah diangkut keluar dari lokasi setiap hari. Inti dari laman KLCC dipastikan menjadi sangat kuat dan kuat. 13.200 meter padu konkrit diangkut ke ruang yang digali sebelumnya selama 54 jam berturut-turut. Kecuali 104 tiang, setiap menara berjaya membina teras yang lengkap.

 

 

FUNGSI MENARA BERKEMBAR PETRONAS:

- Tempat Pelancongan.

- Kompleks Membeli Belah Suria KLCC di asas Menara.

- Air Pancut Simponi di pintu belakang KLCC

- Taman KLCC

 

CIRI-CIRI:

Ciri-ciri atau idea yang signifikan, ia memberikan panduan bagaimana mencapai negara Islam (daulah), khalifah, dan kerajaan, serta kemudahan apa yang diperlukan sebelum ketiga tahap ini dapat dilaksanakan. Akhirnya, tujuan mengekalkan Islam sebagai seorang rakyat, ustaz, profesor, atau guru, serta pemimpin kepada alam,yang menjadi impian setiap muslim yang benar-benar memahami tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini akan terlaksana. Kerana pembinaan ini melalui penyerapan corak dan elemen Islam dalam seni bina dan reka bentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb.

 

ISI UTAMA:

ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN:

 

1. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia:

Menjadi simbol negara kepada rakyat malaysia sebagai tempat kunjungan pelancongan dan jual beli, terdapat beberapa faktor kelengkapan sains, teknologi dan kejuruteraan dapat dimanfaatkan. Antaranya, pada pelancongan terdapat lawatan jejantas dan fungsi keselamatan jejantas. Manakala, pembinaannya juga lengkap dengan sistem lif dan penghawa dingin. Perkara ini akan memudahkan manusia menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam KLCC. Selain itu, bangunan ini juga membuka lot-lot untuk aktiviti perniagaan jual beli, oleh itu, dapat dimanfaatkan oleh manusia untuk mencari rezeki kerana dalam islam mencari rezeki adalah perkara wajib pada umumnya. Akhir sekali, dalam etika islam teknologi ini adalah diharuskan kerana pembinaan ini diciptakan untuk kebaikan manusia dan tidak mengakibatkan kerosakan alam.


2. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti:

Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya negara tidak ketinggalan. Menara berkembar ini menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan berjaya. Pembinaan menara berkembar petronas (klcc) yang diciptakan telah memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti. Contohnya, kualiti barangan yang dijual adalah berkualiti tinggi dan tiada unsur penipuan mahupun riba’. Berdasarkan etika islam teknologi ini dapat meningkatkan aktiviti berjual beli dan mampu melonjakkan ekonomi negara berasaskan konsep islam.




KAEDAH FIQH

  

1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat (Al-Umur Bi Maqasidiha)


Tunjang utama kepada kaedah ini adalah berasaskan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Umar Al-Khattab yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan”.

 

Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Niat atau tujuan menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan itu samada diterima atau ditolak oleh Allah. Sekiranya sesuatu amalan itu dilakukan secara betul dari segi kaifiat namun salah dari segi niatnya, makai a tidak diterima oleh Allah.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu sejarah dan proses pembinaan Menara berkembar petronas KLCC, bangunan ini dibina bertujuan untuk memberi kemudahan kemudahan kepada masyarakat umum yang terdapat dikawasan sekitarnya. Contohnya, bangunan ini mempunyai sebuah galeri seni, dewan konsert 840 tempat duduk dan letak kereta bawah tanah. Di aras bawah Menara Berkembar Petronas terdapat pusat membeli-belah, Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas dan rumah Orkestra Filharmonik Malaysia. Oleh yang demikian, pembinaan KLCC banyak membawa kebaikan kepada masyarakat dan ia juga dibina dengan tujuan yang baik dengan menepati hukum syarak dalam Islam. Bangunan ini dibina dengan perancangan dan pelaksanaan yang disusun baik dan menepati kualiti syarak bagi mencapai matlamat niat pembinaan KLCC bernilai di sisi Allah SWT.

 

 

2. Kesusahan Membawa Kemudahan (Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir)

 

Kaedah ini merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal. Dalam surah Al-Baqarah ayat 185, Allah berfirman;

Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.

Ayat ini menjelaskan tentang setiap kesusahan yang dihadapi dalam perkara agama, ia pasti ada kemudahan tertentu bagi memudahkannya. Dalam tajuk ini, jelas menunjukkan bahawa pembinaan Menara Berkembar Petronas banyak memberi kemudahan kepada masyarakat dari segi pembinaan dan penyediaan infrastruktur yang terdapat didalam bangunan ini meskipun pada awalnya, pembinaan bangunan ini menghadapi kesukaran dari segi kos, tapak dan cara membangunkannya.

 

3. Kemudaratan Hendaklah Dihapuskan (Ad-Darar Yuzal)

 

Kaedah ini memperlihatkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan bahaya mestilah dihapuskan dan sesuatu perkara yang berbahaya itu hendaklah dihilangkan. Asas kaedah ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang membawa maksud:

“Tidak harus seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada emulakan atau membalas”.

Pengertian ayat ini ialah kaedah ini memperlihatkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan bahaya mestilah dihapuskan dan sesuatu perkara yang berbahaya itu hendaklah dihilangkan. Pembangunan Menara KLCC merupakan salah satu kejuruteraan yang memberi manfaat iaitu tiada unsur kemudaratan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar islam. Selain itu, pembinaan KLCC juga dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah swt.

 

 

 


SUMBER RUJUKAN:

 

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Berkembar_Petronas

2. https://imamunnawawi.blogspot.com/2011/05/kaedah-al-umuru-bi-maqasidiha.html

3. http://enciksantai.blogspot.com/2013/05/ad-darar-yuzal.html

 

Comments